Anda Sayang Keluarga Anda? Lindungi Mereka Dengan Takaful Hibah Serendah RM59/Bulan

Rancang masa depan dengan pelan Takaful Hibah yang fleksibel, patuh Syariah dan dipercayai

Kenapa Kena Ambil Takaful Hibah Sekarang?

Hidup Kita Tak Pasti

Kematian dan musibah datang tanpa amaran. Takaful Hibah memastikan keluarga tidak terkapai-kapai dari segi kewangan bila perkara tak dijangka berlaku

Lindungi Keluarga Tanpa Beban Hutang

Dengan hibah, wang pampasan diberikan terus kepada waris - tanpa perlu berhutang, menjual aset atau meminta bantuan orang lain.

Proses Pusaka Lebih Cepat & Mudah

Berbeza dengan harta faraid yang boleh mengambil masa bertahun, hibah terus disalurkan kepada penerima, tidak perlu tunggu pembahagian pusaka dan kurang konflik sesama waris

Premium Murah Bila Daftar Awal

Lebih muda & sihat → lebih murah bayaran bulanan. Contoh: serendah RM59/bulan sahaja. Kalau tunggu sakit atau umur meningkat → premium naik / permohonan ditolak.

Perlindungan Patuh Syariah & Berkat

Takaful berasaskan konsep tolong-menolong (tabarru’). Bukan riba, bukan judi, bukan gharar. Anda bantu orang lain, orang lain bantu anda. 🤝

Jamin Masa Depan Anak & Pasangan

Kalau sesuatu berlaku kepada anda:
✔️ Anak masih boleh sekolah
✔️ Pasangan boleh teruskan hidup
✔️ Rumah tak perlu dijual
Ini bukti tanggungjawab, bukan sekadar janji.

Lindungi Diri & Keluarga Dengan Medical Card Serendah RM89/Bulan

Perlindungan Kesihatan Menyeluruh, Akses Hospital Swasta, Tanpa Risau Kos Rawatan

Kenapa Kena Ambil Medical Card Sekarang?

Kos Rawatan Semakin Mahal

Harga rawatan hospital swasta meningkat setiap tahun. Tanpa medical card, anda mungkin perlu keluarkan ribuan ringgit secara tunai bila kecemasan berlaku

Penyakit Datang Tanpa Amaran

Sakit tidak pilih masa. Kemalangan, demam teruk, atau masalah kesihatan boleh berlaku bila-bila masa — lebih baik bersedia dari menyesal kemudian

Elak Beban Kewangan Keluarga

Tanpa perlindungan, bil hospital boleh menjejaskan simpanan, perniagaan, dan kewangan keluarga. Medical card bantu lindungi duit anda & orang tersayang.

Akses Rawatan Hospital Swasta

Dengan medical card, anda boleh dapat rawatan di hospital swasta yang lebih selesa, cepat & berkualiti — tanpa perlu tunggu lama

Lebih Murah Jika Daftar Awal

Lebih awal daftar, lebih rendah caruman bulanan. Bila umur meningkat atau ada masalah kesihatan, harga akan jadi lebih mahal atau sukar diluluskan.

Fokus Sembuh, Bukan Fikir Duit

Bila sakit, perkara terakhir yang anda mahu fikir ialah bil hospital. Medical card beri ketenangan fikiran supaya anda boleh fokus untuk pulih

Perlindungan Menyeluruh Dengan Medical Card & Takaful Hibah Untuk Anda & Keluarga

Pelan medical card & takaful hibah yang memberikan rawatan hospital tanpa risau bil, dan hibah kewangan untuk keluarga jika berlaku musibah yang tidak dijangka

Adakah Anda Bersedia Hadapi Risiko Ini?

Tahukah anda inflasi perubatan di Malaysia meningkat 12% – 15% setiap tahun?

Anda tidak perlu risikokan masa depan kewangan keluarga anda. Semua ini boleh dielakkan dengan pelan medical card & takaful hibah yang lengkap

Masalah Yang Ramai Tak Sedar

Ramai rakyat Malaysia masih belum mempunyai perlindungan perubatan dan hibah yang mencukupi. Bila musibah berlaku:

Semua ini boleh dielakkan dengan satu pelan yang betul.

Medical Card & Takaful Hibah : Perlindungan 2-dalam-1

Kami menawarkan pelan Takaful moden yang menggabungkan Medical Card terbaik dan Hibah sebagai pengganti pendapatan.

Medical Card (Kad Perubatan)

Fokus kepada rawatan tanpa tunai (cashless) dan had perlindungan tinggi.

Hibah Takaful (Pewarisan Harta)

Hadiah tunai mutlak kepada waris tanpa melalui prosedur Faraid yang panjang

Satu Pelan, Banyak Keuntungan

Kepentingan Medical Card

6 Sebab Anda Perlu Ada Medical Card Dengan Sekarang

1. Inflasi Kos Perubatan Melambung Kos
Rawatan naik sekitar 12% – 15% setiap tahun. Pembedahan yang dulu berharga RM10,000 kini mungkin mencecah RM15,000. Medical Card adalah ‘kalis inflasi’ untuk dompet anda.

2. Elak “Bocor” Wang Simpanan
Jangan biarkan simpanan kerja keras selama 10 tahun habis dalam masa 10 hari di hospital. Gunakan limit Medical Card (biasanya RM1 Juta+) untuk bayar bil, bukan duit ASB atau KWSP anda.

3. Rawatan Pantas Tanpa Menunggu
Hospital kerajaan sangat bagus, tetapi selalunya padat dan perlukan masa menunggu yang lama. Dengan Medical Card, anda dapat akses ke hospital swasta dengan segera—penyakit tak boleh tunggu!

4. Keselesaan & Privasi
Untuk sembuh, persekitaran memainkan peranan penting dalam penyembuhan. Medical Card membolehkan anda memilih bilik yang selesa (seperti Single Room), privasi terjamin, dan waktu melawat yang lebih fleksibel untuk keluarga.

5. “Apply” Masa Sihat, Bukan Masa Sakit
Syarat utama Takaful adalah sihat tubuh badan. Jika sudah ada penyakit (seperti Kencing Manis atau Darah Tinggi), permohonan mungkin ditolak atau dikenakan pengecualian. Ambil sekarang sebelum rekod kesihatan tercalar.

6. Pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN)
Caruman Takaful (Perubatan & Pendidikan) layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun. Anda dapat perlindungan, dan pada masa sama jimat bayar cukai.

Kepentingan Hibah Takaful

Pernah Anda Terfikir, Kenapa Anda Perlu Ambil HIBAH?

1. Melindungi kewangan keluarga bila anda tiada
Hibah memastikan keluarga anda masih ada sumber kewangan untuk meneruskan hidup tanpa bergantung pada sesiapa.

2. Elak keluarga terjerat hutang
Hibah boleh membantu melangsaikan hutang seperti rumah, kereta atau pinjaman lain supaya tidak membebankan waris.

3. Waris terima terus tanpa perlu faraid
Hibah memudahkan proses agihan kerana ia diberikan terus kepada penerima yang anda pilih — cepat, jelas dan tanpa perebutan.

4. Elak konflik dan pergaduhan keluarga
Dengan hibah, anda tentukan siapakah penerima. Ini mengurangkan risiko salah faham atau pertelingkahan antara waris.

5. Sediakan dana masa depan untuk anak-anak
Hibah membantu memastikan pendidikan dan masa depan anak tetap terjamin walaupun anda tiada.

6. Perlindungan tambahan jika berlaku kehilangan pendapatan
Hibah menyediakan pampasan tunai yang membantu waris bertahan dalam tempoh sukar selepas kehilangan ketua keluarga.

7. Kos caruman yang sangat mampu milik
Dengan sumbangan kecil setiap bulan, anda boleh mendapatkan perlindungan bernilai ratusan ribu ringgit untuk keluarga.

8. Satu bentuk kasih sayang jangka panjang
Hibah ialah hadiah terakhir yang memastikan keluarga tidak terbeban — tindakan penuh tanggungjawab dan cinta.

Perunding Takaful Anda

KENALI SIAPA SAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai! Nama saya Naz Huda (No Ejen : 4ET12303), Saya agent takaful yang sah dan berdaftar di bawa syarikat Superachiver Group Sdn Bhd yang merupakan authorised Family Etiqa Takaful, iaitu syarikat takaful terbaik di Malaysia

Saya mempunyai pengalaman lebih 3 tahun dalam bidang takaful di Malaysia dan telah berjaya membantu ratusan orang pelanggan memiliki pelan takaful terbaik untuk keluarga mereka. Saya sering memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggan- pelanggan saya dengan mengesyorkan pelan takaful dan pelan kewangan yang bersesuai dengan keperluan pelanggan.

Kini lebih mudah untuk dapatkan nasihat pelan takaful dan pelan kewangan hanya melalui online sahaja. Hubungi saya sekarang untuk saya bantu anda.

“Hidup jangan menyusahkan, mati jangan membebankan”

Masih Tidak Nampak Kepentingan Takaful? Dengarkan Rakaman Dibawah!

Siapa Yang Patut Ambil Pelan Medical Card & Takaful Hibah?

1

Individu bekerja (swasta / kerajaan / bisnes)

2

Pasangan baru berkahwin

3

Ibu bapa yang ingin melindungi anak-anak

4

Mereka yang tiada simpanan kecemasan yang kukuh.

5

Usahawan yang bergantung kepada pendapatan sendiri

6

Mereka yang pernah mengalami kes kecemasan keluarga sebelum ini.

Jika anda mahukan ketenangan masa depan, pelan medical card & takaful hibah ini memang untuk anda.

Kenapa Ramai Pilih Kami?

Bukan hanya jual polisi — kami bantu anda dari proses pendaftaran hingga claim selesai.

Soalan Lazim Medical Card & Takaful Hibah

  • Medical card melindungi anda daripada kos rawatan hospital.
  • Takaful hibah memberi pampasan kepada waris jika berlaku kematian atau hilang upaya.

Warganegara Malaysia berumur dari 14 hari sehingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, permohonan tertakluk kepada status kesihatan semasa anda.

Anda masih boleh memohon, tetapi wajib buat pengisytiharan penuh (declare). Pihak Takaful akan menilai tahap kesihatan anda.

Keputusan boleh jadi:

  • Diterima sepenuhnya (Standard).
  • Diterima dengan pengecualian (exclusion pada penyakit tersebut).
  • Ditolak. Nasihat kami: Hantar permohonan dahulu untuk semakan percuma

Caruman bergantung kepada umur, jantina, pekerjaan, dan status merokok. Caruman biasanya bermula sekitar RM50 – RM250 sebulan untuk dewasa muda yang sihat. Hubungi kami untuk quotation tepat.

Tidak, semua Takaful ada Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Untuk kemasukan ke hospital panel (warded), pelan ini adalah Cashless. Anda hanya perlu tunjukkan kad digital (di App) atau IC untuk dapatkan Guarantee Letter (GL). Anda tidak perlu keluar duit simpanan, kecuali deposit hospital (jika diminta).

  • Medical Card: Bayar bil hospital terus kepada pihak hospital (anda tak dapat duit, tapi bil percuma).
  • Hibah: Pampasan tunai (Cash) yang dimasukkan terus ke akaun waris/anda jika berlaku kematian atau lumpuh kekal.

Dalam Takaful, kita mengamalkan konsep Tabarru’ (Derma/Sedekah). Sebahagian caruman anda dimasukkan ke dalam tabung bantuan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Inilah pahala jariah anda. Namun, jika anda ambil pelan Investment-Linked, mungkin ada sedikit nilai tunai bergantung pada prestasi dana pelaburan.

Tidak. Hibah Takaful termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Duit pampasan adalah hak mutlak penama (sebagai penerima hibah) dan tidak perlu diagihkan mengikut Faraid. Ini mempercepatkan waris mendapat tunai

Ya, 100% Patuh Syariah dan dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah.

Chat Icon